assalamualaikum welcome to my little diary
Showing posts with label petua jerawat. Show all posts
Showing posts with label petua jerawat. Show all posts

Tuesday, 24 March 2015

Review Pore Care Pack Daiso

Assalamualaikum..
Sape yg penah cuba menda alah ni yer?hehe best kn,boleh tanggalkan bintik hitam atas hidung tu.So, kalau korang ada masalah berkaitan boleh la mencuba yer..Lagipun, senang je cara nak guna.
Step how to use
- wet your nose after washing.
- remove transparent sheet by dried hand.
- paste the sheet from the middle of pack and press after the shape of your nose.
- dry for 10-15 minutes.
- remove it from the outer part to middle.

**ni la rupa benda alah yg dpt tolong hilangkan bintik hitam tanpa perlu picit.boleh beli di daiso okayy

**dalam ni ada 4sheets


***ni salah pakai taw!terbalik..hewhew..

Time nak tanggalkan ni boleh tahan sakit jgk la..tapi hasilnya memang puas hati bila tgk bintik2 hitam melekat kt sheet tu. Ni pengalaman sendiri guna produk ni.review ikhlas untuk share dengan semua..hehe..




Tuesday, 3 March 2015

REVIEW CETAPHIL OILY CLEANSER

Assalamuaaikum...hari ni nak update penggunaan cetaphil oily cleanser. Entry sebelum ni boleh baca di link ni cetaphil oily skin cleanser berkesan ke??  Haa.mesti nak tahu produk ni berkesan ke tidak kan,ok meh nak story sikit setelah hampir sebulan penggunaan cetaphil oily cleanser dan benzac 5% tanpa krim muka or skincare lain hasilnya Alhamdulillah. Kulit wajah semakin okay, masalah bintik -bintik merah(jerawat halus) yang jenis timbul2 di permukaan kulit dah beransur hilang. Just tinggal parut akibat tangan gatal picit jerawat. sekarang tengah mencari produk yang dapatkan hilangkan parut pulak.

 So far, review saya untuk  cetaphil oily cleanser  alhamdulillah bagus, kulit muka makin bertambah bersih dan lembut..paling best, masa mencuci muka dengan cetpahil memang terasa kulit lembut walaupun kadang-kadang rasa macam xbersih pon ada.hihihi. Tapi keseluruhan memang okay and hope akan serasi sampai kulit betul2 bersih dan bebas cik jerawat..Kepada yang dah putus asa mencari pencuci muka untuk rawat masalah jerawat boleh la mencuba cetaphil. Lagipun produk ni juga di sarankan oleh dermatologist.


produk cetaphil boleh didapati di watson/guardian/farmasi

harga sebotol cetaphil oily skin cleanser
rm45++


latest picture selepas hampir sebulan. Sempat selfie time bercuti di cameron highland.


Wednesday, 11 February 2015

Cetaphil Oily Skin Cleanser Berkesan ke??



Hye....tajuk kat atas mesti da agak nak tulis tentang apa kan. Hurmm, betul ke pencuci muka cetaphil ni berkesan??jawapan tu kena tunggu selepas guna sebulan kot..tapi sebelum beli pencuci muka cetaphil ni dah banyak jugak baca blog yang review tentang produk ni. mostly dorang bagi feedback positive lagipun semalam lepas jumpa doc dia pun suggestkan guna pencuci muka cetaphil untuk oily skin. so lepas jumpa doctor terus pecut ke alamanda cari cetaphil sebab di klinik tu da habis stok.
Harga cetaphil oily skin agak mahal berbanding dengan gentle cleanser.

 oily skin cleanser
- Sensitive skin
-Combination / acne prone skin
- Non comedogenic
-Foaming action

* Dermatologist recommended


Untuk jerawat pulak sapu benzac ac 5% or T3 mycin clindamycin gel 1%.. Hope semua produk ni dapat merawat jerawat T_T





Friday, 21 November 2014

Petua Rawat Jerawat

assalamualaikum...


Hari ni nak kongsi petua untuk rawat jerawat..kalau ada yang mengalami masalah jerawat boleh la cuba petua ni..sejak kebelakangan ni pun tuan tanah tengah alami allergic/alahan naik ruam2 n bintik merah di bahagian pipi (T_T)...uwaaaaaaa nages tengok pipi sendiri....sekarang tengah konsisten guna petua ni....haaa nak tau x ape??meh nak share....
.
.
.
.

  • Lemon/asam limau & bedak sejuk

ambil sebiji lemon/asam limau potong beberapa bahagian dan perah air limau tu bersama bedak sejuk..jangan banyak sangat nanti cair.korang agak-agak la nak macam mana k...then,sapu di bahagian jerawat.kalau korang baru lepas picit jerawat akan rasa pedih cikit la...tapi kejap je..nanti akan hilang n korang akan rasa best...