assalamualaikum welcome to my little diary

Tuesday, 24 March 2015

Review Pore Care Pack Daiso

Assalamualaikum..
Sape yg penah cuba menda alah ni yer?hehe best kn,boleh tanggalkan bintik hitam atas hidung tu.So, kalau korang ada masalah berkaitan boleh la mencuba yer..Lagipun, senang je cara nak guna.
Step how to use
- wet your nose after washing.
- remove transparent sheet by dried hand.
- paste the sheet from the middle of pack and press after the shape of your nose.
- dry for 10-15 minutes.
- remove it from the outer part to middle.

**ni la rupa benda alah yg dpt tolong hilangkan bintik hitam tanpa perlu picit.boleh beli di daiso okayy

**dalam ni ada 4sheets


***ni salah pakai taw!terbalik..hewhew..

Time nak tanggalkan ni boleh tahan sakit jgk la..tapi hasilnya memang puas hati bila tgk bintik2 hitam melekat kt sheet tu. Ni pengalaman sendiri guna produk ni.review ikhlas untuk share dengan semua..hehe..




Monday, 23 March 2015

Review Restoran Saba Cyberjaya


assalamualaikum..
Hari ni nak buat review Restoran Saba nasi arab. Kalau korang nak cuba boleh la pergi bawak family pekena nasi arab jarang2 sekali. Untuk ke lokasi restoran Saba cyberjaya boleh la guna kan encik  "waze" yer.. Kalau daripada putrajaya dalam masa 10-15 minit je.

Antara menu yang boleh di pilih....





Mandi Lamb

Sempat selfie sebelum menjamu selera. Ok lah...suasana restoran selesa dan makanan pon not bad..Next entry review  Homst Restaurant Cyberjaya



Thursday, 5 March 2015

ISTIGHFAR



Assalamualaikum...hari ni nak share kelebihan istighfar..sambil2 beramal dapat pahala kan. Peringatan untuk diri sendiri. Insyaallah sama2 amalkan yea :)


(P/s pictures ihsan google)


Tuesday, 3 March 2015

REVIEW CETAPHIL OILY CLEANSER

Assalamuaaikum...hari ni nak update penggunaan cetaphil oily cleanser. Entry sebelum ni boleh baca di link ni cetaphil oily skin cleanser berkesan ke??  Haa.mesti nak tahu produk ni berkesan ke tidak kan,ok meh nak story sikit setelah hampir sebulan penggunaan cetaphil oily cleanser dan benzac 5% tanpa krim muka or skincare lain hasilnya Alhamdulillah. Kulit wajah semakin okay, masalah bintik -bintik merah(jerawat halus) yang jenis timbul2 di permukaan kulit dah beransur hilang. Just tinggal parut akibat tangan gatal picit jerawat. sekarang tengah mencari produk yang dapatkan hilangkan parut pulak.

 So far, review saya untuk  cetaphil oily cleanser  alhamdulillah bagus, kulit muka makin bertambah bersih dan lembut..paling best, masa mencuci muka dengan cetpahil memang terasa kulit lembut walaupun kadang-kadang rasa macam xbersih pon ada.hihihi. Tapi keseluruhan memang okay and hope akan serasi sampai kulit betul2 bersih dan bebas cik jerawat..Kepada yang dah putus asa mencari pencuci muka untuk rawat masalah jerawat boleh la mencuba cetaphil. Lagipun produk ni juga di sarankan oleh dermatologist.


produk cetaphil boleh didapati di watson/guardian/farmasi

harga sebotol cetaphil oily skin cleanser
rm45++


latest picture selepas hampir sebulan. Sempat selfie time bercuti di cameron highland.


Tuesday, 17 February 2015

Resepi Kerabu Daging Simple


selamat petang, yeahhh hari ni dah 17 hb feb..lagi berapa hari lagi public holiday. tak sabarnya nak balik kampung..hehe.. hari ni nak share satu resepi yang memang simple.Sempena cuti nanti boleh la cuba resepi simple ni kan..


KERABU DAGING SIMPLE

Bahan - bahan :
  • 1/2 kg daging lembu
  • 1 biji tomato
  • 2 biji limau nipis- ambil jusnya
  • 5-6 biji cili padi - dipotong halus
  • 1 biji bawang besar - dihiris nipis
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 cawan air 
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara :
  1. Bersihkan daging.potong daging kepada 4 bahagian.rebus sehingga empuk. biarkan daging sejuk sekejap sebelum dihiris nipis-nipis.

2. Tomato di potong dadu. Dalam 1 mangkuk, campurkan tomato yang telah di potong, jus limau,cili padi, hirisan bawang besar, pes asam jawa bersama secawan air,garam dan gula. Gaul sehingga sebati.



3. Masukkan hirisan daging tadi dan gaul sehingga rata

4. Siap untuk di hidang. Done!!! 


selamat mencuba :)


Wednesday, 11 February 2015

Cetaphil Oily Skin Cleanser Berkesan ke??



Hye....tajuk kat atas mesti da agak nak tulis tentang apa kan. Hurmm, betul ke pencuci muka cetaphil ni berkesan??jawapan tu kena tunggu selepas guna sebulan kot..tapi sebelum beli pencuci muka cetaphil ni dah banyak jugak baca blog yang review tentang produk ni. mostly dorang bagi feedback positive lagipun semalam lepas jumpa doc dia pun suggestkan guna pencuci muka cetaphil untuk oily skin. so lepas jumpa doctor terus pecut ke alamanda cari cetaphil sebab di klinik tu da habis stok.
Harga cetaphil oily skin agak mahal berbanding dengan gentle cleanser.

 oily skin cleanser
- Sensitive skin
-Combination / acne prone skin
- Non comedogenic
-Foaming action

* Dermatologist recommended


Untuk jerawat pulak sapu benzac ac 5% or T3 mycin clindamycin gel 1%.. Hope semua produk ni dapat merawat jerawat T_T





TRIP TO BANGKOK


Assalamualaikum..hari ni mood nak update blog pasal trip to bangkok..alhamdulillah hari rabu kami selamat sampai di airport Don Mueang, Bangkok walaupun hampir-hampir  terlepas flight sebab teksi yang kami booking rosak..terpaksa la amik teksi lain..nasib baik ada pakcik teksi yang lalu dan boleh hantar kami ke KLIA 2..Dah sampai AirPort terpaksa berlari lagi sekali sebab boarding time kami sepatutnya pukul 11.05am tapi kami sampai 11.15am..nak mencari gate lagi,wahh memang adventure..bila da masuk flight and amik seat masing-masing baru boleh tarik nafas lega...fuhhhh...

Alhamdulillah akhirnya selamat sampai di airport don mueang yang amik masa 2 jam dari Kuala Lumpur 
1st let us take a wefie....
Hehehe



 Ok bermula la misi mencari teksi untuk ke hotel...sebelum tu sempat singgah kedai yang ada kat sana..kalau tak silap nama kedai ni royal house..Ada jual macam2...sayur,buah,cenderahati, and banyak la..sempat grab strawberry..hehe....manissss sangat!! Airport don Mueang juga menyediakan tempat solat untuk Muslim...

Okay...nantikan next entry kami ya....Damnoen Saduak Floating Market