assalamualaikum welcome to my little diary

Saturday 31 January 2015

Pengalaman ke Damnoen Saduak Floating Market

Assalamualaikum..

Terdapat banyak floating market di seluruh negara, banyak dalam beberapa jam di ibu negara. 
Yang paling terkenal ialah floating market  Damnoen Saduak, kira-kira 100 kilometer barat daya Bangkok. floating market ni agak padat so, waktu yang terbaik  adalah  pada awal pagi sebelum orang ramai tiba. Pelancongan juga meliputi lawatan ke Phra Pathom Chedi di Nakorn Pathom, kononnya pagoda yang terbesar di AsiaTenggara.



Perjalanan dari hotel di Samutsakorn ke Damnoen saduak mengambil masa lebih kurang 45 - 60 minit.tambang teksi untuk ke sana 400 baht..apabila sampai kami di sapa oleh adalah seorang agent yang menawarkan pakej untuk dipilih.antara pakej yang di sediakan


2000 baht -floating market sahaja
2500 baht - floating market + coconut sugar + temple
3000 baht- floating market + coconut sugar + temple + elephant & monkey show







Kami memilih pakej 3000 baht seorang sebab nak merasai pengalaman naik gajah..tapi rasanya tak berbaloi kot harga dengan pakej yang ditawarkan oleh Champ Puak Camp Damnoen Saduak. so, kalau nak jimat anda boleh ke Champ Puak Camp untuk merasai pengalaman menaiki gajah dan ke Damnoen Saduak untuk menyewa sampan.  

Selepas pembayaran kami terus menaiki sampan yang disediakan tapi yang tak best pemandu pelancong kami bawa ke kedai sedara mara dia je. Harga pulak boleh tahan mahal walaupon boleh tawar-menawar. Bayangkan harga 1 fridge magnet 150 baht. Nasihat saya, if nak shopping cenderahati untuk kawan-kawan boleh la pergi ke MBK Centre,Bangkok harga jauh berbeza.

 Antara gambar kenangan yang sempat di ambil sepanjang perjalanan kami.



 Pelbagai rekaan pakaian,bag,dan aksesori boleh didapati sepanjang perjalanan semasa menaiki sampan.







No comments:

Post a Comment