assalamualaikum welcome to my little diary

Tuesday 17 February 2015

Resepi Kerabu Daging Simple


selamat petang, yeahhh hari ni dah 17 hb feb..lagi berapa hari lagi public holiday. tak sabarnya nak balik kampung..hehe.. hari ni nak share satu resepi yang memang simple.Sempena cuti nanti boleh la cuba resepi simple ni kan..


KERABU DAGING SIMPLE

Bahan - bahan :
  • 1/2 kg daging lembu
  • 1 biji tomato
  • 2 biji limau nipis- ambil jusnya
  • 5-6 biji cili padi - dipotong halus
  • 1 biji bawang besar - dihiris nipis
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 cawan air 
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara :
  1. Bersihkan daging.potong daging kepada 4 bahagian.rebus sehingga empuk. biarkan daging sejuk sekejap sebelum dihiris nipis-nipis.

2. Tomato di potong dadu. Dalam 1 mangkuk, campurkan tomato yang telah di potong, jus limau,cili padi, hirisan bawang besar, pes asam jawa bersama secawan air,garam dan gula. Gaul sehingga sebati.



3. Masukkan hirisan daging tadi dan gaul sehingga rata

4. Siap untuk di hidang. Done!!! 


selamat mencuba :)


1 comment:

  1. Casino City Hotel | Goyang FC
    Casino City Hotel 포커 규칙 in 블루벳먹튀 North 비트 코인 게임 Las Vegas, Nevada, USA offers a luxury resort, spa, 룰렛 배팅 and a casino. 태평양 먹튀 Goyang Entertainment has been the focus of the Goyang

    ReplyDelete