assalamualaikum welcome to my little diary

Tuesday 17 February 2015

Resepi Kerabu Daging Simple


selamat petang, yeahhh hari ni dah 17 hb feb..lagi berapa hari lagi public holiday. tak sabarnya nak balik kampung..hehe.. hari ni nak share satu resepi yang memang simple.Sempena cuti nanti boleh la cuba resepi simple ni kan..


KERABU DAGING SIMPLE

Bahan - bahan :
  • 1/2 kg daging lembu
  • 1 biji tomato
  • 2 biji limau nipis- ambil jusnya
  • 5-6 biji cili padi - dipotong halus
  • 1 biji bawang besar - dihiris nipis
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 cawan air 
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara :
  1. Bersihkan daging.potong daging kepada 4 bahagian.rebus sehingga empuk. biarkan daging sejuk sekejap sebelum dihiris nipis-nipis.

2. Tomato di potong dadu. Dalam 1 mangkuk, campurkan tomato yang telah di potong, jus limau,cili padi, hirisan bawang besar, pes asam jawa bersama secawan air,garam dan gula. Gaul sehingga sebati.



3. Masukkan hirisan daging tadi dan gaul sehingga rata

4. Siap untuk di hidang. Done!!! 


selamat mencuba :)


Wednesday 11 February 2015

Cetaphil Oily Skin Cleanser Berkesan ke??



Hye....tajuk kat atas mesti da agak nak tulis tentang apa kan. Hurmm, betul ke pencuci muka cetaphil ni berkesan??jawapan tu kena tunggu selepas guna sebulan kot..tapi sebelum beli pencuci muka cetaphil ni dah banyak jugak baca blog yang review tentang produk ni. mostly dorang bagi feedback positive lagipun semalam lepas jumpa doc dia pun suggestkan guna pencuci muka cetaphil untuk oily skin. so lepas jumpa doctor terus pecut ke alamanda cari cetaphil sebab di klinik tu da habis stok.
Harga cetaphil oily skin agak mahal berbanding dengan gentle cleanser.

 oily skin cleanser
- Sensitive skin
-Combination / acne prone skin
- Non comedogenic
-Foaming action

* Dermatologist recommended


Untuk jerawat pulak sapu benzac ac 5% or T3 mycin clindamycin gel 1%.. Hope semua produk ni dapat merawat jerawat T_T





TRIP TO BANGKOK


Assalamualaikum..hari ni mood nak update blog pasal trip to bangkok..alhamdulillah hari rabu kami selamat sampai di airport Don Mueang, Bangkok walaupun hampir-hampir  terlepas flight sebab teksi yang kami booking rosak..terpaksa la amik teksi lain..nasib baik ada pakcik teksi yang lalu dan boleh hantar kami ke KLIA 2..Dah sampai AirPort terpaksa berlari lagi sekali sebab boarding time kami sepatutnya pukul 11.05am tapi kami sampai 11.15am..nak mencari gate lagi,wahh memang adventure..bila da masuk flight and amik seat masing-masing baru boleh tarik nafas lega...fuhhhh...

Alhamdulillah akhirnya selamat sampai di airport don mueang yang amik masa 2 jam dari Kuala Lumpur 
1st let us take a wefie....
Hehehe



 Ok bermula la misi mencari teksi untuk ke hotel...sebelum tu sempat singgah kedai yang ada kat sana..kalau tak silap nama kedai ni royal house..Ada jual macam2...sayur,buah,cenderahati, and banyak la..sempat grab strawberry..hehe....manissss sangat!! Airport don Mueang juga menyediakan tempat solat untuk Muslim...

Okay...nantikan next entry kami ya....Damnoen Saduak Floating Market